Tuesday 25 March 2014

Resepi : Mihun Singapore

✿ Assalammualaikum,

Hello, entry kali ni, resepi mihun singapore. Well, saya baru belajar memasak mihun singapore. Dijamin sedap dap dap =P Jadi, untuk beginner nak belajar memasak, bolehlah cuba resepi ni . Mudah dan sedapppp ~  \(^.^)/ 


Bahan-bahan :
✧ Bihun - satu paket (direndam)

✧ Margarine Planta - 2 sudu
✧ Minyak masak
✧ Daging - dihiris kecil
✧ Udang - sekurang2nya 10 ekor (dibuang kulit)
✧ Sayur kubis/sawi
✧ Garam secukupnya
✧ Ajinamoto secukupnya
✧ Telur - 1 atau 2 biji telur
✧ 1/2 cawan air masak

Bahan Tumbuk : 
✧ 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
✧ Lada hitam - 2 atau 3 sudu (ditumbuk atau dimesin)


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak bersama margerine.
  2. Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Kemudian, masukkan daging , udang dan air masak secukupnya sehingga mendidih.
  4. Selepas mendidih, masukkan garam ,lada hitam dan ajinamoto secukupnya.
  5. Masukkan bihun yang telah direndam ke dalam masakan.
  6. Gaul rata sehingga air di dalam kuali kering.
  7. Pecahkan telur dalam mangkuk dan secebis garam, Tuangkan ke atas mihun, gaul gaul dan gaul ~
  8. Akhir sekali, masukkan sayur kubis/sawi dan garam secukupnya .
  9. Tadaaa!  ^_^
Yeay! Siap sudaaaaa mihun singapore. Thanks for my mum resepi mihun sngapore ni :) Selamat menjamu selera ya. Selamat mencuba ✿ Love yah ♥